click me!

Thursday, 16 May 2013

KENANGAN SAMBUTAN HARI GURU....


Hello Hello Hello...

Harini 16 Mei..hari guru kan..aku sekarang dh ambik diploma tak de lah sambut hari guru..tapi masa kat sekolah dulu sambut lah..lagipun aku nie pengawas memang para pengawas jela yang kena handle majlis..aku biasalah biro komunikasi laaaaa sangat..konon laaa aku kena jadi MC..last-last tak jadi pun..hihi..

Aku nak cerita la sikit pasal sambutan hari guru kat sekolah aku..kenangan woo..sekolah la yang paling best kan..mesti semua rasa nak belajar balik kan..kena denda bagai..meniru, memekak dalam kelas..tapi ahkak baik..tak macam tu...haha..*kalau kawan aku tau kena lempang sekali*

Yang aku ingat kitorang yang pengawas nie handle semua majlis..kitorang la yang kena sediakan makanan, handle budak-budak,buat persembahan pun kena ada juga dari badan pengawas..aku handle bab persembahan..aku pun kena buat persembahan juga..aku pun tak tahu kenapa kah aku mesti terjebak dalam persembahan itu..hahaha..

Soooo kitorang pun berlatih la tiap petang kat padang, kadang kat bilik disiplin..masa berlatih punyelah hafal skrip gila..sekali atas pentas mampuih tak ingat ape..kau buat la skrip sendiri..kitorang buat sketsa pasal budak-budak zaman sekarang suka bercinta masa sekolah..lepas tu kantoi kat cikgu..cikgu pun bagi la nasihat kat budak-udak..dia ceritakan pengaalman dia bercinta masa sekolah..last-last putus di tengah jalan..tapi jumpa balik bekas makwa dia kat universiti..hero dia Men dan Ana..

kalau diorang ingat balik mesti gelak sorang2..pusing-pusing atas pentas, background music lagu hindustan..puihhhh..ini semua phoyooo..kalau dulu ada ayat tu aku cakap yang tu je...hahaha.ok tak klaka..

tapi bila ingat balik best sangat..semua sporting.ittew suke orang sporting jeeeeeee..*sesuatu sangat*

Bab mengenakan cikgu pun kitorang juga..ada seorang cikgu ni kalau pelajar bising je kat perhimpunan, beliau suka sangat denda kami..letak tangan atas kepala, kau ketuk la ketampi sampai la berpuluh kali..pas tu kene angkat tangan atas bahu kawan..alaaaa macam sekolah rendah kan suka buat macam tu..Kitorang pun apa lagi, masa ni la nak balas kan..hihi..kitorang suruh cikgu-cikgu angkat tangan atas bahu, pas tu kawad kaki..hahaha..best sangat..masa tu form 5..bila ingat balik rindu sangat kenangan tu..

Disebabkan cikgu la aku berjaya sampai sekarang..tahun depan dapat diploma..bersyukur sangat sebab aku berpeluang belajar selesa kat sini..kalau yang kat luar negara, berperang bagai..kesian budak-budak tak dapat belajar selesa macam kita..sebab tu kita kena bersyukur..setakat aku belajar sampai sekarang memang banyak la kenangan pahit manis..tapi kalau ingat balik kenangan pahit tu boleh gelak sendiri jugak..rasa macam 'eeeee kenapa kah aku begitu keanak-anakan..' hahaha

Dulu aku pun selalu berangan nak jadi cikgu.masa tadika aku selalu minta kapur kat cikgu sebab nak main cikgu-cikgu kat rumah..*padahal ambik sorok dalam poket* 

dulu rumah aku rumah papan..habis dinding bilik aku conteng..dah la mengajar sorang-sorang..kesiannyaaaaa aku masa tu..haha..lepas tu mak aku bising dinding bilik aku kotor..dah la susah nak padam kan..conteng atas papan..lama-lama mak aku diam je..dia rasa aku nak membesar kot kan masa tu..atau pun mak aku dah malas layan anak dia sebab berangan lebih..eh???

sempena hari guru ni, aku nak ucapkan terima kasih sangat kepada guru yang pernah mengajar aku..tanpa mereka aku tak kan reti menulis, mengira..mengeja, mengaji..menaip nie pun..semua laaa..hihi..terima kasih sangat.jasamu akan ku kenang sampai bila-bila..

kerja jadi guru sangat mulia..jasa mereka akan di kenang dan ku bawa sehingga ke liang lahad..semoga guru di dunia ini sentiasa menjadi kebanggaan kepada semua 'pembelajar'..boleh macam tu? apa-apa lah..

ok bye.
.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;}