click me!

Monday, 30 September 2013

Cara hilangkan jerawat..

Hehehehe..jangan ingat aku nie penceramah bebas tentang kecantikan..aku saje je..muke aku nie tengah naik jerawat..so aku try la cari-cari kaedah sesuai nak hilangkan jerawat..aku punye jerawat tak banyak tapi bile tumbuh seketul tu perghhh kau tahan jela kesakitan die..ade hari tu pipi aku bengkak sebelah..macam zombi je..hahahah..jap aku nak tunjuk gambar die..


Nampak tak pipi belah kanan tu macam besar sebelah..??tapi mata jerawat tu tak de kan??euwww geram je kite tengok..aku ade jugak gatal tangan picit-picit tapi tak nak meletop pon..tapi bukan kadang-kadang je aku picit jerawat..tiap kali tumbuh je mesti rasa nak picit..tu yang berbekas sana sini..muahahaaha..oleh kerana aku tidak mahu kulit ku ini dipenuhi bekas jerawat itu, aku pun survey la cara tradisional nak hilangkan jerawat nie kan..Lepas tu terjumpa la sikit..aku pun nak share la sikit yang menarik pada pandangan diri ku ini..hiks..


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .


Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.


Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.


Petua 4 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


Petua 5 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.




Yang nie je aku nak share..nak baca penuh klik SINI

Aku selalu buat yang bedak sejuk campur air asam jawe tu..best..sejuk je..pas tu yang gune tepung beras tu pun kadang-kadang buat jugak..aku suka guna petua tradisional nie sebab kita gune sumber asli..lepas tu tak de bahan kimia..aku nak beli produk pon aku tak banyak duit..satu je produk yang aku guna sampai sekarang..aku gune pencuci safi..aku jarang pakai krim sebab tak selesa..aku cuma pakai bedak compact je..kadang-kadang pakai bedak baby je..ahhahahahaha...teruk gilooo..aku fikir aku buat tu bukan orang nak tanye pun 'ehh kau pakai bedak tabur jeke hari nie..' takde maknenye orang nak ambik tau..kau ingat kau retisssss..lain laa kalau retis pakai bedak tabur je nak keluar jalan-jalan..maunye masuk kat media cetak dan media massa..(ayat selamat) mai dah jadi retis pun pakai bedak tabur je keluar shooting..muahahahahaha..

K lah bubyeeeeeee :)

No comments:

Post a Comment

.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;}